Wednesday, 29 January 2014

Rezeki 2014


Alhamdulilah, tiada kata2 dpt diungkapkan dgn anugerah ini. InsyaAllah peluang yg diberikan kali ini akan digunakan dgn sebaik yang mungkin. Kata2 yg selalu kubisikkan pd diri..
"Kegagalan lalu bukan bermakna kita akan gagal utk selamanya, tp itulah langkah permulaan utk capai impian". 

tahun ini adlh tahun ke 6 sbg pendidik.. tugas sbg pendidik pada hari ini bukanlah mudah, tp seandainya nawaitu kita betul, InsyaAllah, semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pihak pentadbir d SMKTS, hari ini sy nmpk hikmahnya knp sy berada d sana selama 4 tahun, dn sy cukup berpuas hati dgn pencapaian 4 orang pelajar ICT tahun 2012, kali pertama sy mengajar ict form5, alhamdulilah, walaupun target sy straight A, keputusannya 2 orang mndapat A, 2 orang mendapat B. itu dah cukup membanggakan sy. 

Tawaran sambung blaja HLP dgn cuti bergaji penuh 2 tahun, ku terima dgn senyuman. Meskipun ramai org ckp ssh nk dpt, tp Allah mudahkan perancangan kali ni. Kali pertama memohon, kali pertama temuduga. Alhamdulilah, inilah rezeki. Doa yg tak pernah putus, dan restu ibu ayah.. Allah permudahkan lg jalannya.

sebelum bermulanya pengajian, kami perlu hadir ke Kursus persediaan selama 2 mggu bermula 10/1/2014-23/1/2014 di Bayou Resort Melaka utk zon tengah. Ilmu yg diperoleh mengukuhkan lg ilmu yg sedia ada. Azam yg kuat ku semat dalam diri...

Kenangan di hari terakhir..

kak ana, kak siti, kak mutiah.. dr Bhgn Buku Teks.. housemate utk 2 mggu

ustazah siti rohani, first time jumpa masa interview.. 
alhamdulilah, kami dipertemukan lagi di sini.. dalam kelas kami duk depan skali..:) dgn kak jaja.

     post sebelum refleksi

       Banner pembakar semangat

Malam terakhir kursus, kami dinner di Deli Muara. Kali pertama datang sini, azrin dah banyak kali ajak.. sebelum ni Allah tak izinkn lg :), dan alhamdulilah... sampai jg sy ke kedainya. Makanan kt sini sedap2. Perut kecil tak boleh mkn byk. 

   udang bakar


   ni namanya scallop


Sesiapa yg nak rasa masakan yg sedap ni bolehla dtg ke Deli Muara..addnya spt di bawah ;)



Teringat kata2 seorang kakak yang usianya hampir masuk angka 5X, 
"Usia shima masih muda, tapi pemikiran shima sudah seperti umur 40 tahun keatas, jarang sekali jumpa orang seusia shima akan berpandangan seperti ni"

SubhanaAllah, terkedu.. sebab inilah kali pertama orang cakap camtu padaku. 
Terus terang saya katakan, untuk lihat sy seperti sekarang, sy telah melalui pelbagai dugaan. Dugaan yang Allah berikan pada hambanya berbeza dan setiap dugaan itu telah mematangkan diri sy. Sy amat bersyukur dengan kurniaan hari ni. Meninggalkan sesuatu kerana Allah dan menerima sesuatu kerana Allah. Nikmatnya, MasyaAllah. 

Alamak, Need to go.. 
Nak solat, sekejap lg ada "Relief Class" lg smpi balik :)



No comments:

Post a Comment

Hello..
Feel Free to leave comment here...tq ;)