Showing posts with label Sheema. Show all posts
Showing posts with label Sheema. Show all posts

Friday, 20 June 2014

Hampir Penghujung Jun

Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Jam menunjukkan 4.03am.. Banyak lagi tugasan2 yang perlu disiapkan. 25hb perlu dibentang semua tugasan ini. Belajar kali ni betul2 mencabar.. Mencabar dari sebelum2 ni.. Adakah diri sendiri yang tak faham atau adakah ada faktor2 lain. Apa yang ku harap, semoga Allah permudahkan perjalanan ini dan memberiku kekuatan serta memberkati ilmu yang kucari ini..

Seminggu lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, cepatnya masa berlalu. Makin ku tidak pedulikan tentang masa, makin cepat plak ia berlalu.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini, ramadhan yang bermakna buat kita semua. Semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul-Qadr dan semoga amalan kita diterima oleh Allah. Ameen.



Wednesday, 16 April 2014

Minggu 8 : Bulan April



Assalamualaikum dan Selamat Petang...


alamak dah bulan April uols.. wah, cepat bangat masa berlalu nih..

minggu 8 sudah.. 
asignment berlambak2 lagi nih..
if boley nk duk depan lappy je ni nak siapkan asignment...Masa tolong berhenti sekejap hehe

ada 6 minggu sahaja lagi untuk abiskan sem 1..
proposal pun tak siap lg ni..
wat master dulu takde susah camni..
Wat master kali ni betul2 mencabar, tapi yg best sy belajar benda baharu..
from zero to hero right!
nk jadi hero kenala byk membaca, bukan berangan je..
huhu..
tu bab study..

utk wedding???
tak tau dah brp percent persediaannya..
semoga Allah permudahkan segala urusan kami.


selamat malam uols..
p/s: perlu setelkan asignment seminar 1 
malam ni.





Thursday, 6 March 2014

Cepatnya Masa Berlalu..

Assalamualaikum dan Selamat Petang :)

Masa berjalan begitu pantas kan?

Sekarang dah bulan Mac n minggu ni dah minggu ke 3 sy bergelar pelajar..

Assignment? huhu. memang banyak.. Tapi tak boleh stress2. If kita ikut jadual peribadi, n listkan apa yg nk buat utk esok hari, InsyaAllah. :)

Bila sy stress, sy buatla promote produk Fereena n Shaklee or produk2 yg lain yg TERBAIK untuk diambil oleh kaum adam dan hawa. I love bisnes, memang dari sekolah lagi sy dah berbisnes.  Dulu kat sekolah jadi pengerusi Kelab Usahwan, macam2 kami jual  :).

Sabtu lepas 01032014, mana eak sy pergi?
sampai tak sempat nk update status n blog..

Oh yea..

Sy ke sini :)

Mr Tunang ajak ke Butik Rins Suzana..Tengok2 baju :)
Baju memang cantik, tp color yg kami cari tak banyak kt cni..
Last2 sy brkenan kt kasut Bellarina..Y??
Memang dah lama sy cari kasut yang hand made punye..



 Tq Mr Tunang ambil pic ni.. :)

Balik rumah baru terfikir, boleh ke pakai kasut ni nanti. kan terjatuh camne? tak pernah pakai patern camni. Tinggi 5"? Paling tinggi sy pernah pakai 3" inci kot. Mr Tunang cakap 5" ok. Yerlah dia tinggi dari kita kan..:(

Weeknd lepas, Sabtu dan Ahad.. 
kejenya ke butik  :)
Bertangguhla assigmentnya. 
Untuk sesuaikan diri ngn situasi pelajar memang mengambil masa. 
Tapi takleh ambil masa lama2.. sebab masa terus berjalan. 
Kan banyak lagi yang tertangguh. 

Persiapan? 
InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan niat kami. :)

Thursday, 27 February 2014

2 Minggu Bergelar Student

Assalamualaikum n selamat petang.. :)

Seandainya sy larat sekarang ni, saya dah ada kt taman layang2 waktu ni..
but today i need rest. semalam baru lepas berurut..terasa lagi bengkak n sakitnya.
Betis sume rasa tegang, adakah kurang exercise atau stress??

STRESS ke? huhu. Stress la jugak sejak bergelar pelajar ni. First masuk kelas mmg tak leh fokus, dalam hati tertanya2, camni ke belajar dalam bidang komputer. Masa buat Master kt UPM dulu takde sesusah camni. Yerla, bidang pun lain kan, masa tu pun tahun 2005/2006. Dah lama sangat2. Zaman pun dah berubah. Memang blurla..!!!

Sekarang dah minggu kedua, assigment dah banyak sangat. Rupa2nya masa first class mggu lepas, lecturer dah suruh buat assginment? Teruknya ke'blur'an ku.

Untuk pengkhususan Pendidikan komputer, sem ni ambil 2 subjek: satu Kemahiran Berfikir Komputer dan satu lagi Kejurulatihan Komputer. Untuk 2 subjek ni setiap assignment saling berkait. Walaupun takde peperiksaan akhir, tp kami ada 5 tugasan. dan sekarang ni tugasan 1 sahaja dah aktiviti ke 17. Satu pun tak siap lagi...Tanya senior2 rupanya2 mereka pun blank cam kami masa first sem dulu.

Urusan dengan Bahagian Tajaan n IPT dah selesai. sekarang boleh fokus sepenuhnya pada study. Yang penting skrg, sy kena buat Jadual untuk diri sendiri dulu. Barula berdisiplin kan.

Jom kita buat jadual :)

Friday, 4 January 2013

Kucupan Cinta Pertama


Credit to: http://pakarcinta.com/blog/kucupan-cinta-pertama
Kucupan pertama. Kucupan penuh Cinta.. Kucupan Tanda Cinta.. Kucupan yang amat berharga. Yang hanya akan terjadi setelah ijab kabul menggema. Sebagai tanda telah halalnya hubungan asmara.
Kelak padamu duhai isteriku tercinta, Akan ku persembahkan kucupan pertama, Akan ku jaga diri ini sekuat tenaga, agar kelak, engkaulah yang pertama sekali menerima kucupanku pertama.
Kelak padamu wahai bidadariku tercinta.. Akan ku persembahkan diri seutuhnya, meskipun cintaku padamu masih tertunda. Tetapi aku akan mulai menyayangimu, dengan cara menjaga diriku, sebagai hadiah terindah yang nanti akan aku persembahkan untukmu..
Untuk itu, jagalah juga dirimu… Berikan kucupan pertamamu nanti untukku, persembahkanlah dirimu seutuhnya untukku, seperti  aku.. Yang akan terus berusaha untuk itu, kerana hanya engkau, yang nanti berhak menyentuhku…
Ya Rabb.. Bantu aku menjaga diriku, agar tidak tersentuh siapapun yang bukan mahramku, meskipun hanya sehujung kuku ku.. Dan Ya Rabb… Bantu juga dirinya yang kelak akan jadi Aisyahku, agar tak tersentuh sesiapapun jua yang bukan mahramnya, meski hanya sehujung kukunya..

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Hepy new year!!
Tahun ni sekolah baru, pelajar baru, subjek baru..sume nk baru...huhu.

Hari ni baru terkial2 nk buku buku n nk kemaskini buku rekod..normally, first day sekolah akan ada pemantau..esok dahla 6 waktu..

Pastinya d sekolah baru agak kekok, cam bdk form 1 baru masuk sekolah..sume br nak knl..kt mana bilik darjah, kat mana bilik guru, toilet..n mcm2 lg..

Ambil masa nk kenal apetah lg nk ingt sume nama guru kat sini..takper2 ambil masa yer..Yang pasti mulakan tahun baru dengan HEBAT!!

Ada beberapa perkara yg tak tercapai tahun lepas perlu d bawa ke tahun 2013. N byk perubahan yg perlu dilakukn terutama perubahan utk dekatkn diri pd PENCIPTA..Tiada yg dapat ubah diri kita kecuali kita sendiri..
Semoga Allah permudahkan urusan saya juga urusan kawan2 sume..

Semoga tahun ini lebih gemilang!!



Saturday, 22 December 2012

GUERLAIN oh GUERLAIN

Hello BLOGGERS N BLOOGIESS
Hehehe..

Alhamdulilah, petang tadi dapat juga jumpa CDM Said Saiful.. walaupun beliau sentiasa sibuk dan tambahan pula beliau tak sihat hari ni, tapi beliau tetap juga luangkan masa untuk jumpa rakan kongsi. Inilah yang dinamakan kerja berpasukan. Banyak lagi ilmu yang perlu diambil dari beliau also my leader Puan Gojes a.k.a Kak Intan.. Dalam mana2 bidang ilmu perlu dicari dan ditimba sama ada dari pembacaan, di kelas atau dari orang yang lebih berpengalaman..Dari sinilah kita dapat tingkatkan semangat dalam diri kita untuk BERJAYA.

Selepas jumpa CDM Said Saiful, my sister ajak p SOGO..
Layan jerla kan.. ikutkan tak larat dh nk jalan.. 
hari ni kondisi tak berapa baek.
Sume badan sakit2, 
mungkin gara2 praktis kat sekolah semalam 1 murid 1 sukan..
Sume permainan cikgu kena cuba..
Takraw,  Badminton, Bola Tampar, Bola Baling, Hoki, Bola Sepak, Bola Jaring, Ping Pong
sumernya ada 8 permainan..
Disebabkan dah lama tak pergi Fitness First, stamina pun dah kurang..

Tak terfikir pun nak beli apa2 kt SOGO ni, sebab rasa sumer dah ada..
tapi entah macam mana my sister ni boleh plak dia benti kat kaunter GUERLAIN..
tak pernah saya singgah kt kaunter ni..
GUERLAIN pun saya tak tau produk dari mana,
apetah lagi sejarah produk ni..:)..
SKII dan SHISEIDO saya tau juga skit2, 
sebab kedua2 produk ni adalah pilihan saya sejak 2009.

Dan malam ini di kaunter GUERLAIN, kali pertama sy HEAVY make-up, sib baek free and Mr Dean adalah Profesional Make-up artist..Lepas ni if nak makeup lagi boleh contact terus ngn Mr Dean, 
bayaran  yang dikenakan pun ok.

Dan inilah hasil make up Mr Dean..Cantik kan? 
bukan saya yang cantik, 
tapi make-up yang cantik..
Especially kat bahagian mata..
Berat rasa mata dengan mascara ni..huhu. Jarang skali sy pakai mascara, 
sbb bulu mata saya dah panjang..
Hinggakan student ingt sy pakai bulu mata palsu..hehehe


With my sister..Dia pun suka bangat dapat make-up free..
katanya inilah produk yang dicarinya..Memang berbaloi2..


Mr Dean cakap kt dalam SOGO tu, produk GUERLAIN la paling mahal..
Wajarlah produk ni mahal, 
sebab produknya memang terbaek..dan baru ku tahu, 
produk ini dah lama rupanya kewujudannya..
Tula, tak suka make-up sangat.. sampaikan produk Guerlain pun tak tau. 
Yang saya tau produk Simply CT, MAC, Estee Lauder, Silky..

Akhirnya, saya beli juga beberapa produk Guerlain..
Bila lagi nak make-up kan? 
nama pun wanita..Pasti tak lari dari kecantikan..
Hargaila anugerah yang Allah bagi dengan sebaek mungkin..
Tak perlu make-up Heavy2..Tak giteww??


Actually, tengahari tadi dah kena tegur di Pak Cik Rashid, 
yang abah bagitau, 
saya ni banyak abiskan duit sendiri untuk produk muka..
Terfikir juga, betul ker?? 
Betul la tu kot... tp takderla sy kerap beli produk muka..
cuma mungkin sebab produk yang saya pakai tu mahal skit harganya..
Tp pada saya walapun mahal tp kualitinya baek..Itu adalah pilihan yang BIJAK..

like korset PREMIUM Beautiful..
Harga mahal..
tapi kualiti TERBAEK..
Saya suka sangat pakai korset PB..why??
sebab keyakinan saya lebih tinggi bila pakai korset ni...rasa selesa sangat2..(00)

Jika lelaki suka hadiahkan untuk diri sendiri 
seperti Jam, Minyak Wangi dan Kasut..
Saya pula suka hadiahkan diri saya dengan 
produk2 muka like SKII, Shisedio 
dan yang latest Guerlain..(00)

hURM..pERFUME GUERLAIN pun sedap baunyer..
Ada saper2 nk bg free gift kat saya tak??
Heehehe..

Okiess. dah kul 1.30 pagi..masa untuk tdo n rehat..

Thursday, 1 November 2012

1st November




Cepatnya masa berlalu, terasa baru sahaja melalui bulan Januari, Februari...
Seminggu sahaja lagi sekolah akan bercuti..;).



Monday, 15 October 2012

Kehebatan Cinta..


Layan lagu lama... ;)

Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya

Hatiku masih merinduimu
Biarpun kau jauh dariku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cintaku masih padamu

Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan

Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan

Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti

Thursday, 4 October 2012

CINTA vs SUKA



Tadi mase tengah blogwalking then jumpa entri yang awesome ni, so SHARING IS CARING..;)  Enjoy your reading.!!!

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Hurm...
Confirm, saya hanya ada perasaan SUKA..:)
Siapakah yang akan membuka hatiku yang sekian lamanya terkunci..
Siapakah Penutupnya.. :)



Monday, 10 September 2012

Wanita...


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Ku wanita.....
Yang hanya perlu kau fahami

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Wanita....ooo...
Ku wanita.... haaaa....
Wanita....

Monday, 3 September 2012

Saya akan rindui saat2 ni..

with tengku farah
makan dulu sebelum open house..
US..
makan kali ke berapa ni dik..
tengku farah and noorul..;)
with angah
adik n along..
achik..;)
Hero2..achik and adik
noorul and angah..
angah and achik

Tuesday, 28 August 2012

Tak akan Pernah ada Ragu..

Saya tertarik dengan penulisan ini..
http://pakarcinta.com/blog/bagaimana-aku-memandang-jodoh/

Bagaimana Aku Memandang Jodoh?

Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama sahaja kau bertanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya,
dan tersimpan dengan indah dalam setiap lembar daun di lauhul mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..

Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan menjual murah kehormatanmu untuk perkara yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, 
akupun juga…
Tetapi tak pantas layak bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkanlah,
jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis kerana rindu,
Mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, 
apakah masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang sewajarnya
jika  dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini 
wanita yang kau pilihkelak 
sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
Dia  membandingkanmu dengan orang lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab ‘ya’ 
maka, itu pula yang kami, wanita rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahawa yang akan berlaku adalah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejajar dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau  bazirkan waktu?
Kerana apa kau habiskan air matamu? 
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tetapi ketahuilah, kerana kau memilihku, kau ku cinta…
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terungkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan..


Monday, 27 August 2012

Seperti Dulu (00)

On the way balik Tg Sepat td, rasa nk pasang radio, buat 'teman' coz dh penat sangat dr kul 10.30 pg lagi duk dalam kereta dari Dungun nak sampai sini...banyak sangat tempat benti, tu yg lambat sampai.
Biasanya time drive jarang pasang radio,
coz sy lbh suka brfikir macam2 wpun tgh drive...;)

Pilihan saya adalah HOT FM.. Dengar muzik je dah rasa best lagu ni .
'Seperti Dulu'.. Lirik yang mantap!!
Lagu ni adalah soundtrack untuk filem '29 FEBRUARI'
yang akan ditayangkan pada 30 Ogos nanti..
Sesiapa yang kaki wayang bolehlah pi tgk yer..;)


Lirik Lagu Seperti Dulu - Forteen

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu
Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu



Monday, 13 August 2012

Balik Kampung!!!

InsyaAllah, 
esok petang saya akan berangkat pulang ke kampung HaLaman..
walaupun dah dapat cuti berganti untuk hari Khamis dan Jumaat..
Alhamdulilah, 
terima kasih kepada pemangku Pengetua,
coz luluskan cuti saya..:)

Dah sampai kampung nanti, 
SURE semua sibuk nak buat persiapan 
untuk Hari Raya kan??
so sy nk Wish Hari Raya dulu kat blog ni..;)
Gambar Simple pengganti Kad Raya..
untuk semua pembaca Blog..;)


Begitu cepat masa berlalu...
Bulan Ramadhan hampir berakhir...
hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal..
hari dimana semua umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai 
tanda kesyukuran dan kemenangan.

Kesyukuran diatas nikmat yang Allah berikan atas 
kejayaan menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan, 
kerana ibadah puasa merupakan suatu ibadah 
yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang, 
melainkan kepada orang yang benar-benar 
beriman dan bertakwa..
ALHAMDULILAH..

Layan Lagu Rayer..:)

SaLaM LeBaRan..
Bermula segala,
Takbir kan bergema,
Melihat wajah ayah ibu tercinta,
Senyum gembira,
Salam bersalaman pohon kemaafan,
Sesama kita,
Seluruh keluarga berkumpul,
Menyambut hari mulia,
Mesra suasana, tanda bersyukur,
Kurnia darinya,
Agar Aidil fitri disambut dengan rasa gembira
Salam Lebaran
Kita bermaafan dalam keriangan,
Gembira dalam meraikan,
Syawal dengan keikhlasan,
Lupakan,
Sengketa,
Tidak mengira bangsa meraikannya,
Riangnya senda sekeluarga,
Meraikan hari raya
Juadah terhidang,
Pelita dipasang,
Menyerikan lagi hari raya,
Agar tersenyum riang

Selamat Hari Raya AidilFitri 
Mohon ampun dan maaf di atas
Kekhilafan Diri...(oo)
Dijemput ke Rumah Terbuka pada Hari Raya Pertama
di Taman Jejawi, Dungun

Tak Luper juga..
Those yang nak pakai Premium Beautiful 
Jangan MaLu dan SeGan
untuk Text/Call (016-2125783) 
Plz text early coz takut bertindan tarikh dengan customer lain..
Free to Try 30 minutes ..
Those yang buat tempahan dan pembelian dalam tempoh Promosi Raya
akan mendapat REBET RM300+satu kotak Lacto-Lite..
Kecantikan Anda, KebaHagian Saya..(00)

Pesanan:
Berhati2 di Jalan Raya, 
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Ingatlah orang2 Tersayang..



Wednesday, 8 August 2012

Idola saya..



Thanks Kak Khaty (00) coz sharing this..

Abah adalah pembakar semangat saya..
IDOLA saya untuk saya terus melangkah..
Tarikh lahir kami sama, tahun sahaja berbeza.. (00)

Abah: 05.07.1957
Me: 05.07.19??

Agak2 sikap kami sama tak...?
Mungkin yer..mungkin tak..
Saya pun tak tau..;)

Kami bangga ada ayah seperti Abah..
Sesibuk mana pun abah, abah masih ada masa untuk kami..
Kami sentiasa doakan agar abah sentiasa berada dalam keadaan sihat
supaya dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin..

Love U so much DAD!!


Tuesday, 7 August 2012

Rezeki..

Alhamdulilah, bulan puasa tahun ni dapat balik kampung 2 minggu berturut2..
sampaikan ada kawan2 tegur, kerap balik?? ;)
Yeah!! Tersenyum panjang dan sy menjawab,
Alhamdulilah, Rezeki Berbiz Premium Beautiful. :)

Tak dapat saya nak gambarkan betapa gembiranya ma dan abah tatkala semua anak2nya balik..
Saat yang dilalui semalam, tak kan berulang lagi..itulah MEMORI...

Keluarga saya bukan berasal dari orang senang, hanya orang biasa2 sahaja..
20 tahun dulu tak seperti kehidupan hari ni..
Tapi apa yang saya minta, ibu sentiasa penuhi..
Jika diikutkan gaji ibu saya ketika itu, lebih kecil dari gaji saya skrg..
tapi ibu tetap memenuhi permintaan saya ;(
Gaji saya sekarang, walaupun sentiasa ada kenaikan, masih lagi tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ibu, saya bukan seorang yang boros...lainla lelaki kan, merokok..sure duit abis kat situ..;)

Seboleh mungkin saya ingin memberi apa yang ibu saya inginkan..
ibu tidak pernah menolak apa yang saya nak...
saya masih ingat,sebelum saya masuk matriks saya nak pakai produk LOREAL,
1 set harganya hampir rm150..ibu turutkan sahaja..Thanks mum!!

alhamdulilah, dengan berbiz PREMIUM BEAUTIFUL,
saya cuba memenuhi permintaan ibu..
Hanya restu ibu sahaja yang saya perlukan dalam mengorak langkah ini..

Allah tidak akan ubah nasib hambaNya..
Kecuali diri kita sendiri...
Terpulang pada kita,
bagaimana untuk mencorakkannya..

Tuesday, 31 July 2012

Balik Kampung!!

Ho ho balik kampung..ho ho balik kampung, hati girang...
Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama..
Ingin berjumpa...abah, ma, adik n achik..also mak mah n mak sue..

Jumaat ni balik kampung lagi, balik aritu, tak dpt ku nk gambarkan betapa cerianya wajah ma dan abah...buah durian yg x sempat ku jamah, baru jatuh dr pokok..huhu.

Kali ni balik, dah x naik flight..coz i have a new driver..best kan ada driver?? Hehe..manalah sy mampu lg nk ada driver sndiri..sebelum ni, time blk kg sy jer drive..kali ni turn my sist pula...congrats dear, akhirnya dapat juga kereta impian...work hard for ur 2nd DREAMS car...

Monday, 30 July 2012

Kahwin!!



Topik ni paling hangat if balik kampung, if tak dari adik bongsu kesayanganku, sure dari ma n abah..;)

'Ma bertanya padaku, bila lagi....'...
'Ma, saya sudah berada di zon selesa sekarang ;)' ..
pantas ibuku memanggil abah..nasib baik abah tak dengar, pasti tazkirah panjang yang ku dapat..;)

Bila difikir2kan balik, ada benarnya kata2 adik bongsuku, cari orang DEKAT...dan itulah juga harapan dan impian abah agar anak2nya tidak berada jauh dari ma dan abah...Hanya orang tua sahaja yang tahu kenapa mereka inginkan begitu..sepertimana arwah ayah abah, yang nak abah kahwin ngn orang terengganu sahaja..Alhamdulilah, makbul doa arwah tokki ku..

Di bulan yang baik dan mulia ini, semoga doa dan impian abah dimakbulkan seperti juga impian dan hasratku ingin berada dekat dengan keluargaku dan memperoleh pasangan yang sama sikap ngn abah (baik, seorang yang sabar, tak cakap kasar, pandai masak...tak dapat kuungkapkan dengan kata2 tingginya nilai seorang abah pada pandanganku)...Ameen..

Tak Sihat..


Badan lemah2, tak sihat...:(..
hari sabtu berbuka tak makan nasi pun..minum air jer..;(..
memang tak larat..walaupun berada di kampung...
Redha dengan ujian kecil Ilahi, insyaAllah dan mudah-mudahan dosa-dosa kecil berguguran..

This week byk sgt keje yg perlu disetelkan..hope diberi kekuatan untuk selesaikan tugas yang diamanahkan..
Petang ni ada penilaian Kokorikulum...Harap dapat selesai sumenya petang ni..;)