kesyukuran di panjatkan kehadrat Ilahi coz kita masih diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadhan..
Begitu pantas masa berlalu kan?
Rasa baru je puasa dan sambut raya...
Esok semua umat Islam dah mula berpuasa..Sabtu / 21.07.2012..
Malam ni dah Solat Terawih..Alhamdulilah..
Marilah sama2 kita nikmati Bulan Ramadhan, Bulan Berganda dengan perbanyakkan dan pertingkatkan amal ibadat kita..Rebutlah peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya, coz belum tentu kita akan bertemu di Bulan Ramadhan akan datang..
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga".
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hambaNya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala.
Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Kat sini saya sertakan checklist Ramadhan yang saya ambil dari IKRAM. Semoga kedatangan Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna dari sebelum ni..
Salam Ramadhan dari saya:
Sheema Matulidi

No comments:
Post a Comment
Hello..
Feel Free to leave comment here...tq ;)